Tuesday, 18 December 2012

PERSATUAN POLIS BANTUAN MALAYSIA

Polis Bantuan


 

Polis Bantuan atau di negara barat seperti Amerika Syarikat dikenali sebagai "Security Police" adalah pegawai khas yang bekerja untuk organisasi kerajaan dengan tugas melindungi kemudahan, hartabenda, pekerja, pengguna dan pelawat tempat-tempat kerajaan. Mereka juga melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan dan diberi kuasa polis yang penuh untuk mengelak jenayah. Misalnya Polis Bantuan Pos Malaysia dan "Federal Air Marshal Service", Polis Bantuan Bandaran.
 
Penubuhan Polis Bantuan di Malaysia adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan–Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U.(A) 461 bertarikh 21 hb Disember 1970). Dibawah adalah terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan–badan berkanun dan sektor swasta yang mempunyai Polis Bantuan seperti berikut :-
 
1.        BANK NEGARA MALAYSIA
2.        BSN
3.        TELEKOM MALAYSIA BERHAD
4.        TENAGA NASIONAL BERHAD
5.        PETRONAS
6.        FELDA SECURITY SERVICES SDN BHD
7.        MPOA SECURITY SERVICES SDN BHD
8.        KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
9.        MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD
10.     UNIT PENCEGAH PENYELUDUPAN NEGERI PERLIS
11.     UNIT PENCEGAH PENYELUDUPAN NEGERI KEDAH
12.     UNIT PENCEGAH PENYELUDUPAN NEGERI KELANTAN
13.     KESELAMATAN JABATAN KERJARAYA SARAWAK
14.     PENTADBIRAN/KEWANGAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
15.     INSTITUSI PENYELIDIKAN TEKNOLOGI NUKLEAR MALAYSIA
16.     SARAWAK PLANTATION AGRICULTURE SDN BHD
17.     UDA HOLDINGS BERHAD
18.     SARAWAK ENERGY BERHAD
19.     SABAH ELECTRICITY SDN BHD
20.     KESELAMATAN PERCETAKAN NASIONAL BERHAD
21.     LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
22.     KUANTAN PORT CONSORTIUM SDN BHD
23.     PENGKALAN BEKALAN KEMAMAN SDN BHD
24.     LEMBAGA PELABUHAN-PELABUHAN SABAH
25.     SABAH PORTS SDN BHD
26.     LEMBAGA PELABUHAN KUCHING
27.     LEMBAGA PELABUHAN RAJANG
28.     LEMBAGA PELABUHAN MIRI
29.     LEMBAGA PELABUHAN JOHOR
30.     JOHOR PORT SDN BHD
31.     PELABUHAN TANJUNG PELEPAS
32.     LEMBAGA PELABUHAN KELANG
33.     WESTPORT MALAYSIA BERHAD
34.     NORTHPORT MALAYSIA BERHAD
35.     SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
36.     PENANG PORT SDN BHD
37.     SME ORDNANCES SDN BHD
38.     SME AEROSPACE SDN BHD
39.     SARAWAK SHELL BERHAD
40.     GENTING MALAYSIA BERHAD
41.     UTUSAN MELAYU
42.     SARAWAK OIL PALM BERHAD
43.     TH LADANG (SABAH & SARAWAK) SDN BHD
44.     AUSTRAL ENTERPRISE BERHAD
45.     GULA PADANG TERAP SDN BHD
46.     POS MALAYSIA BERHAD
47.     JABATAN FILEM NEGARA MALAYSIA
48.     JABATAN PERDANA MENTERI
49.     KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA
50.     BURSA MALAYSIA BERHAD
51.     KERETAPI TANAH MELAYU BHD
52.     LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)
53.     PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD
54.     PLUS EXPRESSWAYS BERHAD
55.     AGENSI  ANTI DADAH KEBANGSAAN
56.     MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
57.     MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PRAI
58.     JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
59.     BINTULU PORT SDN BERHAD
60.     SIME DARBY PLANTATIONS BERHAD
61.     ANN JOO STEEL BHD
62.     SEMASA SENTRAL SDN BHD
63.     GLESECKE & DEVRIENT SDN BHD
64.     SENAI AIRPORT TERMINAL SERVICES SDN BHD
65.     LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
66.     MAJLIS BANDARAYA MELAKA
67.     SISTEM TELEVISYEN MALAYSIA BERHAD(TV3)
68.     TIMOR ENTERPRISES SDN BHD
69.     LION GROUP
70.     SABAH ELECTRICITY SDN BHD
71.     SHELL MDS MALAYSIA SDN BHD
72.     MAJU HOLDINGS SDN BHD
73.     PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)
74.     SUNWAY CITY BERHAD
75.     A FAMOSA GOLF RESORT
76.     ADVANCE MAINTENANCE PRECISON MANAGEMENT SDN BHD (AMPM)
77.     JABATAN KETUA MENTERI SARAWAK
78.     MALAYSIA INTERNATIONAL TUNA PORT SDN BHD
79.     PELABUHAN PERIKANAN MITP
80.     TANJUNG LANGSAT PORT
81.     ASTRO ALL ASIA BROADCAST CENTRE
82.     PUSPAKOM
83.     MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING SDN BHD
84.     HOSPITAL KUALA LUMPUR
85.     DRB-HICOM BERHAD
86.     LEMBAGA TABUNG HAJI
87.     PUTRA WORLD TRADE CENTRE
88.     TECHNOLOGY PARK MALAYSIA CORPORATION SDN BHD
89.     KEMENTERIAN DALAM NEGERI
90.     DANGA BAY SDN BHD
91.     SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
92.     SYARIKAT PRASARANA NEGARA BHD
93.     DIJAYA CORPATION BERHAD
94.     TONY LIM WOON LEONG SECURITY
95.     SUNRISE BERHAD  
96.     USAHAWAN BORNEO HOLDING SDN BHD
97.     AUSTIN HEIGHTS
98.     KELANA MEGAH SDN BHD
99.     ASIAN SUPPLY SDN BHD

Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-
·          Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
·          Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
·          Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

3 comments:

  1. macam mana nak dapatkan peraturan-peraturan (Polis Bantuan) 1970 dalam bentuk buku

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera dan Salam 1 malaysia..

    KELAYAKAN TERIMA TABIK HORMAT

    mohon bicara dan pencerahan dari pihak yang berkaitan dengan seperkara ini.

    Saya malu dengan ajaran yang tidak sepatutnya ini, menghormati pegawai atasan dengan tabik hormat kepada pegawai yang tidak ada pelantikan dan beruniform sebagai pegawai polis bantuan.

    Sepatutnya, seorang pegawai polis diraja malaysia yang telah berpencen lebih peka dengan seperkara ini, tetapi sebaliknya.

    Saya malu dan segan kerana terpaksa melaporkan diri dengan tabik hormat kepada pesara SUPT (b) ini, walaupun dihalayak umum.

    Saya pernah di tegur oleh pegawai polis yang lain, kerana seperkara ini tapi apakan daya saya terpaksa kerana tidak mahu diketepikan di kemudian hari dengan situasi bodek yang lain.

    Tabik hormat hanya kepada yang memakai seragam penuh, dan menjadi ikutan kepada pegawai yang lain.

    Lagi pun ia bukan dari kerabat diraja atau pembesar yang diiktiraf yang layak terima tabik hormat seperti yang dipelajari di mana-mana pulapol.

    Mohon pihak yang berkaitan pantau , email, fax, dan lain - lain kepada semua agensi polis bantuan dalam malaysia supaya gejala ini akan memburukkan lagi imej polis diraja malaysia dengan ilmuan yang salah.

    Sekian,
    Terima kasih.

    Komando uganda

    ReplyDelete